Sunday, June 14, 2026

UMNO diperlukan untuk bentuk kerajaan – Zahida

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKARANG masa untuk pemimpin UMNO dalam kerajaan memberi khidmat terbaik menerusi pengalaman dalam mentadbir.

Itu kata, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menerus hantaran di Facebook beliau sebaik sahaja selesai ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau berkata, di dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan sudah menjelaskan kepada perwakilan mengenai sebab UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Antara isi penting ucapan Timbalan Presiden adalah menjelaskan kenapa UMNO, Barisan Nasional menyertai Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Walau pelbagai cabaran, akhirnya UMNO diperlukan dalam memastikan kerajaan dapat dibentuk segera seperti yang dititah oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, sekarang masa untuk pemimpin UMNO dalam kerajaan memberi khidmat terbaik menerusi pengalaman dalam mentadbir,” katanya.

Zahida berkata, UMNO akan memastikan segala keluh kesah rakyat dapat ditangani dengan baik secara bersama. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan