34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pembersihan total: UMNO usah jadi pengecut!

UMNO dan para pemimpinnya adalah para pejuang yang mana semangat kepahlawanan Melayu mereka begitu tebal.

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

KATA Puad Zarkashi, UMNO nak buat ‘pembersihan total’ mana-mana anasir dalaman yang memberi mudarat kepada parti keramat itu. Itu antara inipati taklimat Presiden, katanya.

Aku tak tahulah apa nak dibersihkan sedangkan pemilihan UMNO pun tak lama lagi. Apakah nak buang mana-mana ahli yang tak sehaluan presiden yang cuba nak cabar jawatan dalam parti?

Kalau begitu baik tak usah buat pemilihan. Lantik sahajalah mana-mana ahli yang seiring dengan pucuk pimpinan parti sebagai pemimpin dari cawangan, bahagian, negeri sampailah MKT.

Jadi tak adalah buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk berkempen atau meraih undi daripada ahli-ahli.

Kalau betullah UMNO nak bersihkan anasir tersebut, yang sefaham aku, mana-mana pemimpin atau ahli yang dilihat mempertahankan ‘No Anwar, No DAP’ maknanya pucuk pimpinan UMNO kali ini tak ‘gentlemen’.

Sepatutnya mereka semua diberi peluang untuk bertanding dan melawan semua jawatan, dan kita semua tengok siapa yang menjadi pilihan akar umbi.

Betulkah tindakan pucuk pimpinan yang memilih untuk bersama Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar dan juga melibatkan DAP diterima akar umbi?

Kalau benar, lawanlah. Usah gentar, usah jadi pengecut!

Apakah pembersihan total ini bermakna UMNO cuba menyalahkan kumpulan tersebut yang menyebabkan parti itu mengalami kekalahan memalukan dalam PRU-15 lalu yang mana UMNO di Parlimen kini hanya tinggal 28 kerusi?

Aku tahu UMNO dan para pemimpin mereka adalah pejuang, apatah lagi mereka yang menduduki jawatan presiden dan timbalan presiden sekarang yang mana semangat kepahlawanan Melayu mereka begitu tebal.

Advertisements

Mereka bukanlah seorang pengecut sehingga takut untuk berdepan dengan pertandingan merebut jawatan berkenaan.

Alasan kerana nak berdepan enam lagi pilihan raya negeri (PRN) jika pemilihan di semua peringkat kecuali dua jawatan tertinggi untuk mengelak perpecahan dalam parti sangat tidak masuk akal.

Kalau PRU15 pun parti yang dipimpin pucuk pimpinan sama boleh kecundang, bagaimana nak memimpin parti bagi merampas enam negeri berkenaan?

Takkan hanya kerana nak bergayut kepada Anwar, DAP dan PH sahaja? Di mana kekuatan UMNO selama puluhan tahun dibina selama ini?

Ingat, para pengundi sekarang semakin cerdik dan mereka juga sudah ada banyak pilihan. Bukan lagi dua seperti sebelum ini.

Tengoklah dalam PRU atau PRN, berapa penjuru calon yang bertanding?

Di situ pun kita boleh nampak pengundi mempunyai banyak pilihan untuk mencari seorang calon terbaik bagi menjadi wakil mereka baik di Parlimen mahupun di DUN.

UMNO masih ada kekuatan? Atau dengan PAU 2022 yang sedang berlangsung ini parti itu akan membina semula kekuatan?

Ibarat sebatang pokok, kuat macam mana pun akar umbi jika pucuknya layu, mereput nescaya pokoknya tetap tumbang.

UMNO jangan sampai ‘menang sorak kampung tergadai’…

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan