24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

UMNO bakal laksana ‘pembersihan’ total – Puad Zakarshi

Hala tuju baharu UMNO akan dibentangkan dalam ucapan dasar Presiden UMNO Jumaat ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO dijangka akan melaksanakan pembersihan total terhadap ahli-ahli parti itu yang dianggap sebagai anasir ‘baling batu sembunyi tangan‘, kata Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, komitmen itu dinyatakan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, dalam taklimat tersebut, Zahid memberi jaminan akan membersihkan parti itu daripada anasir yang memudaratkan.

“Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan melakukan pembersihan total supaya UMNO bersih daripada anasir baling batu sembunyi tangan.

“Mereka mendatangkan mudarat kepada UMNO,” katanya hari ini.

Baca juga:   Ahli UMNO perlu sokong PM, jangan perlekeh beliau – Annuar

Sehubungan itu, beliau menegaskan akan memberi sokongan kuat terhadap usaha tersebut.

“Hala tuju baharu UMNO akan dibentangkan dalam ucapan dasar Presiden UMNO Jumaat ini. Justeru pembersihan total UMNO amat disokong,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 berlangsung selama empat hari yang membuka tirai hari ini dimulakan dengan majlis Taklimat Presiden UMNO.

Terdahulu, Zahid tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), sekitar jam 3.10 petang tadi, bagi memimpin taklimat berkenaan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains jejas pembinaan negara

KEMEROSOTAN jumlah pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli...

Lagi Artikel Berkaitan