27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Misi UMNO bawa keluar dari kemelut politik – Tok Mat

Ini strategik untuk masa depan UMNO, kerana ia memberikan kita suara dalam kerajaan baharu ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MISI UMNO unutk membawa keluar Malaysia daripada kemelut politik tidak kesudahan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan faktor utama parti itu bersama parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO harus melakukan tugas patriotiknya untuk negara ini dengan memastikan bahawa kerajaan dapat dibentuk dengan bantuan parti itu walaupun tewas.

“Kerana kedudukan negara yang genting pada saat itulah, maka UMNO memeterai persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH),Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mentadbir negara ini sebabnya adalah nombor satu kepimpinan berpandangan bahawa penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah jalan terbaik, kerana ia beri UMNO peranan yang unik dan strategik dalam kerajaan.

“Saya faham bahawa, ramai yang mempersoalkan, mengapa kita memilih, untuk bekerjasama dengan PH.

“Pokoknya, UMNO tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan Perikatan Nasional (PN). Kita memilih, utamakan negara kita, Malaysia pada ketika itu.

“Kita perlukan negara yang mantap dan diuruskan dengan baik. UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan sepertimana yang diusulkan Yang di-Pertuan Agong, jadi tiada isu dalam kerjasama UMNO dengan DAP dan PKR serta Amanah.

“Apalagi bila PN telah sedari awal lagi, tidak mahu bekerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, maka UMNO berada dalam kedudukan yang amat strategik untuk memainkan peranan yang lebih penting, dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi.

Yang hadir sama, Ketua Wanita, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Jelas Mohamad, UMNO yang selama ini perjuangkan perpaduan Melayu dan nasional dan disebabkan itu parti tidak boleh berpeluk tubuh membiarkan masa depan Malaysia, lima hari negara tidak berkerajaan.

“Kita juga tidak mahu drama politik berlarutan sehingga jejaskan kualiti hidup rakyat, kita perlukan satu kerajaan yang kuat dan stabil selepas PRU15,”katanya.

Menurutnya, keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan bukan sahaja sangat penting bagi UMNO tetapi sangat penting masa depan Malaysia yang kita cintai.

“Kita memilih mengutamakan kerajaan dengan perwakilan dari pelbagai parti yang dipilih secara demokratik.

“Ini strategik untuk masa depan UMNO, kerana ia memberikan kita suara dalam kerajaan baharu ini,”katanya – Edisi 9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan