26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Zahid terharu, luah rasa cabaran menakhodai bahtera UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa terharu beliau melihat ramai perwakilan yang tiba di Dewan Merdeka, Kuala Lumpur bagi mendengar taklimat beliau sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, ruang berkenaan digunakan sepenuhnya bagi berkongsi segala perasaan serta cabaran beliau dalam menerajui parti keramat berkenaan.

“Alhamdulilah saya amat terharu melihat ramai perwakilan yang sudah tiba di Dewan Merdeka bagi satu sesi Taklimat Presiden UMNO.

“Ruang ini seluasnya, saya gunakan bagi meluahkan rasa, menzahirkan cerita dan menelusuri cabaran-cabaran yang saya hadapi sepanjang menakhodai bahtera UMNO ini.

“Biarlah hari ini, di dalam dewan keramat ini, kita bersama-sama membina semula gerakan parti kita,” katanya hari ini.

Ahmad Zahid (dua, kanan) tiba di Dewan Merdeka bagi menyampaikan Taklimat Presiden sempena PAU 2022 di WTC Kuala Lumpur. – FOTO: Facebook Zahid Hamidi

Ujar beliau lagi, perubahan serta pembaharuan yang akan dilaksanakan dan dibincangkan secara berjemaah.

“Dengan semangat musyawarah, saya yakin kita mampu bangkit dari rebah. Dengan keikhlasan, kita mampu mencipta kejayaan.

Advertisements

“Dengan doa kepada Allah, mudah-mudahan kita semua beroleh rahmah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di pekarangan Dewan Merdeka kira-kira pukul 3.10 petang diringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain itu, turut kelihatan ketibaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan Ahli Majlis Kerja TertinggI UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang lain.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan pada sidang akhbarnya pada pagi tadi memaklumkan Ahmad Zahid akan menyentuh mengenai kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, penjelasan itu akan diberikan kepada 3,000 perwakilan mengenai mengapa parti itu mengambil pendirian menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan