24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-kurangnya lima maut dan 13 lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki yang sedang melintas jalan di China.

Tragedi berlaku ketika waktu puncak pada jam 5.25 petang waktu tempatan di sebuah persimpangan sibuk di Guangzhou, Rabu lalu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan SUV hitam jenama mewah itu merempuh pejalan kaki di dua lintasan berasingan di Tiyu East Road dan Tianhe Road.

Sebuah lagi video menunjukkan pemandunya melemparkan wang tunai sejurus keluar dari kenderaannya selepas berhenti di tepi jalan.

Sementara itu, seorang saksi dipetik sebagai berkata suspek dilihat ‘sengaja’ memandu keretanya merempuh ke arah pejalan kaki.

Advertisements

Dia turut dilihat berhenti untuk membuat pusingan U, dan terus memandu ke arah pejalan kaki lain.

Suspek kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan, keluar dari kenderaan, dan mula melempar wang kertas 100 yuan ke udara.

Suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan polis.

Polis memaklumkan suspek hanya dikenali sebagai Wen berusia 22 tahun dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan