30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Mayat lelaki reput ditemukan dalam guni

Berdasarkan siasatan awal mendapati mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU mayat lelaki ditemukan berbungkus di dalam sebuah guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang semalam.

Mayat yang mulai reput dan belum diketahui identiti dan umur itu ditemui orang awam kira-kira pukul 6.10 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju.

“Mayat itu dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.

“Selain itu, keadaan mayat dipercayai lelaki itu telah mulai mereput dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mayat itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga:   Cuaca buruk diramal melanda Sarawak sehingga 18 Januari

Sehubungan itu, Vijaya memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada talian 03-32912222 serta mana-mana balai polis berhampiran. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan