29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes COVID-19 terkawal, tak perlu tutup pintu sempadan

Bagaimampun, langkah berjaga-jaga diambil dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI semasa kes COVID-19 dalam negara masih terkawal dan  setakat ini tidak memerlukan kerajaan mengambil langkah sehingga menutup sepenuhnya pintu sempadan negara.

Bagaimampun, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, kerajaan masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.

“Malah sehingga Selasa lepas belum ada lagi kes jangkitan ataupun yang bergejala dikesan di pintu masuk sempadan, walaupun negara telah menerima kira-kira 7,000 pelancong China, sejak 8 Jan lepas,” katanya  kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang oleh Kementerian Kerja Raya, di Pendang, Kedah.

Turut berangkat menyaksikan majlis penyerahan projek itu ialah Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Dr Zaliha berkata, walaupun jumlah saringan mencecah belasan ribu setiap hari, namun jumlah kes positif yang dikesan seluruh negara adalah rendah.

Mengenai Hospital Pendang, Dr Zaliha berkata, hospital itu akan mula beroperasi pada 15 Feb ini dan dijangka memanfaatkan kira-kira 110,000 penduduk di kawasan sekitar.

“Ada pelbagai perkhidmatan di hospital ini termasuk kecemasan, pesakit luar dan sebagainya dan ada sebanyak 126 katil keseluruhannya,” katanya.

Pembinaan Hospital Pendang dimulakan pada Mei 2018 dan siap pada Okt tahun lalu dengan kos keseluruhan sebanyak RM255.27 juta termasuk kos pembinaan, perolehan perubatan dan bukan perubatan.

Hospital pakar minor itu mempunyai 11 bidang kepakaran antaranya kecemasan, perubatan am, pembedahan am, ortopedik, anestesiologi, radiologi, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, patologi serta psikiatri. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan