32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Lelaki cedera ditetak penjenayah, kenderaan turut dilarikan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA individu bertopeng memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan menetak seorang lelaki berusia 56 tahun di Kemayan, Bera, Pahang, Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, Toyota Fortuner milik mangsa turut dilarikan suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Kumaran Nyanasagaran, anggota Bahagian Siasatan Jenayah pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa mengalami kecederaan di lengan serta kaki dipercayai ditetak dengan parang dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek memecah masuk melalui pintu belakang rumah dan mencederakan mangsa sebelum melarikan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Kumaran, suspek dipercayai melarikan diri menaiki Perodua Myvi warna kelabu dan kenderaan milik mangsa menghala ke Bahau, Negeri Sembilan.

“Kenderaan mangsa ditemui di kebun getah di Felda Sungai Lui, Negeri Sembilan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bera di talian 09-2507999 atau balai polis berhampiran,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan