26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pelajar sekolah bantu ibu bapa berniaga dapat hadiah motosikal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NIAT murni seorang remaja membantu ibu bapa berniaga setelah tamat waktu persekolahan mendapat balasan berupa hadiah sebuah motosikal daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Rezeki buat remaja berkenaan apabila Ebit Lew melalui jambatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur.

Menurut Ebit Lew, dia secara kebetulan ternampak remaja berkenaan tertidur dengan pakaian baju seragam sekolah semasa menjaga barangan untuk dijual.

“Bila ditanya pada orang sekitar rupanya dia memang suka membantu mak ayahnya balik je dari sekolah setiap hari. Dia suka bantu mak ayahnya. Asal dari Sabah.

“Terharu campur kasihan padanya. Tapi bila tanya dia suka nak buat macam tu. Nak tambah pendapatan. Nak tolong mak ayah. Nanti nak beli motor untuk pakai tolong mak ayah.

“Semoga rezeki adik bertambah ya. Cita-cita nak jadi apa. Mak saya pesan jadi macam ustaz boleh tolong orang. Allahuakbar. Tak sangka jumpa ustaz,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Ujar Ebit Lew, beliau telah menghadiahkan keluarga remaja berkenaan sebuah motosikal.

“Setiap orang lain-lain rezekinya ya. Di sebalik ujian ada rahmat Allah,” katanya.

Perkongsian berkenaan mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan warganet malah mereka turut mendoakan agar Ebit Lew dilimpahi lagi rezeki.

Ada juga yang memuji kesungguhan remaja tersebut mencari rezeki dengan berniaga dan bukannya mengemis.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan