28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

JDT ucap selamat datang kepada Ahmad Syihan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed secara rasmi menyertai kelab paling berjaya, Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada Negeri Sembilan FC.

Perkara itu diumumkan oleh JDT menerusi satu klip video yang dipaparkan pada laman web rasmi kelab tersebut, Johor Southern Tigers, hari ini.

Menerusi klip video berdurasi kurang satu minit itu, JDT mengalu-alukan kedatangan Ahmad Syihan dengan kenyataan “inilah rumah juara, Syihan.”

Menerusi rakaman video tersebut, Ahmad Syihan hadir menaiki sebuah limousin memasuki perkarangan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri sebelum melangkah masuk ke stadium berkenaan dan menuju ke gawang gol.

Malah dia turut dirakam memasuki bilik persalinan sambil memerhati jersi bernombor 33 yang bakal disarungnya dalam saingan Liga Super musim ini.

Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ‘menyembunyikan’ perkara itu apabila mengaku tidak mengenali Ahmad Syihan ketika ditanya media mengenai desas-desus perpindahan yang kini menjadi penjaga gol utama Harimau Malaya.

Advertisements

Kehadiran Ahmad Syihan juga melengkap kuota penjaga gol skuad Harimau Selatan yang kini memiliki penjaga gol senior, Farizal Marlias dan Muhammad Haziq Nadzli.

Dia menggantikan Izham Tarmizi Roslan yang dipinjamkan kepada Sri Pahang FC bagi tempoh semusim.

Ahmad Syihan yang beraksi cemerlang ketika saingan Piala AFF baru-baru bakal memberi saingan terutama kepada penjaga gol utama JDT, Farizal di samping Haziq.

JDT yang kini dibawah kendalian Estaban Solari bakal mengadakan perlawanan antarabangsa pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai 25 Januari hingga 6 Februari ini dan peluang itu tidak harus dilepaskan Ahmad Syihan untuk membuktikan keupayaannya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan