27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Dua ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali mereka melalui video yang tular itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Vermal AL Subramaniam di talian 010-2314432.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan berkenaan membabitkan ketua kumpulan lelaki berusia 47 dan seorang pekerjanya berusia 53 tahun

Menurutnya, susulan penangkapan tersebut rantai besi dan kereta Perodua Bezza dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pada 1 Disember lalu yang mana empat lelaki menghalang laluan keluar masuk kilang dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Bezza bertujuan hendak menemui pengusaha kilang berkenaan yang dikatakan gagal menjelaskan gaji sebanyak RM10,000 kepada seorang lelaki terbabit.

“Rakan kepada pengusaha kilang berkenaan kemudian mengarahkan kumpulan lelaki terbabit mengalihkan kenderaan itu tetapi tidak diendahkan lalu bertindak membaling alat pemadam api ke arah kereta hingga menyebabkan cermin penumpang kereta itu pecah.

Baca juga:   DBKL gantung operasi kelab komedi

“Kumpulan lelaki itu kemudian bertindak balas dengan menyerang, menumbuk dan memukul pengusaha kilang dan rakannya termasuk menggunakan rantai besi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Mohd Zaidi lagi, seorang lelaki juga mengambil sebilah parang dan cuba menyerang pengusaha kilang dan rakannya namun diredakan oleh ketua kumpulan lelaki berkenaan.

“Akibat kejadian itu, pengusaha kilang cedera ringan di telinga kiri dan sakit di bahagian badan manakala rakannya luka di belakang kepala dan menerima lima jahitan di Pusat Kesihatan Manggatal.

Baca juga:   Ismail Sabri terima gelaran Datuk Patinggi Sarawak

Dalam pada itu mennurut beliau, polis kini mengesan dua lagi lelaki yang terbabit dalam kes berkenaan.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali mereka melalui video yang tular itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Vermal AL Subramaniam di talian 010-2314432.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan senjata bahaya,” katanya.

Semalam, tular satu klip video kejadian pergaduhan dua kumpulan lelaki menggunakan rantai besi dan parang tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan seorang lelaki menghayunkan rantai besi ke arah seorang lagi lelaki dan mengenai bahagian kepala dan berdarah.

Lelaki itu kemudian menuju ke keretanya dan mengeluarkan parang sebelum ditenangkan oleh lelaki lain yang turut berada di lokasi berkenaan.

Baca juga:   Kantoi bawa dapur syabu, senapang angin dalam bot pancing

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bot nelayan tempatan tiada lesen ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen...

Lagi Artikel Berkaitan