34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mat Sabu akan umum harga baharu telur ayam esok – PM

Pengumuman itu bakal mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel dan harga yang lebih murah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA telur ayam yang lebih murah akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu bakal mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu serta mengarahkan beberapa langkah diambil terhadap isu bekalan telur yang dihadapi negara.

“Perincian mengenainya akan diumumkan beliau (Mohamad) pagi esok. Diharapkan harga telur yang akan diumumkan esok, lebih murah dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel demi memastikan bekalan cukup dan harga dikurangkan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendedahkan negara sedang berdepan masalah ketiadaan telur di pasaran ketika ini.

Menurut Salahuddin, ketiadaan stok itu mencetuskan keresahan kepada rakyat, selain merencatkan pertumbuhan ekonomi kerana banyak kegiatan perniagaan memerlukan bahan mentah itu.

“Selama ini pun saya mendengar mengenai isu yang menjadi rungutan rakyat dan hari ini, saya menyaksikan sendiri, paling tidak ada dua isu besar yang saya mesti hadapi bersama pasukan kementerian iaitu ketidakcukupan bekalan telur dan minyak masak paket,” katanya.

Sementara itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilaporkan berkata, isu bekalan makanan dengan harga munasabah memerlukan perhatian serius seiring dengan ramalan ekonomi dunia merosot tahun hadapan yang pastinya memerlukan kaedah bagi menanganinya. 

Menurut beliau, ini adalah lapangan baharu dan cabaran yang tidak pernah dihadapinya kerana sebelum ini beliau menjadi Menteri Pertahanan yang lebih banyak bercakap soal keselamatan tetapi kini, bidang kehidupan manusia melibatkan makanan dan keperluan harian. 

“Saya akan lihat soal harga makanan terutama telur kerana golongan miskin sehingga atasan makan telur… Di samping isu ikan dan ayam,” katanya kepada pemberita sempena memulakan tugas secara rasmi di pejabatnya hari ini.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan