25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

PM serah Kabinet keperluan tubuh RCI, siasat dana RM600 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyerahkan kepada Jemaah Menteri untuk menilai keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini cadangan berkenaan belum dibawa dan dibincangkan oleh Kabinet.

“Tapi setakat saya tahu dan diberi makluman oleh pegawai, ada beberapa pelanggaran serius terutama bila luluskan beberapa projek, jadi mark up terlalu tinggi.

“Dana itu sampai kepada parti tertentu yang memperlihatkan keupayaan mereka berbelanja luar biasa,” katanya dalam sidang media di Perdana Putra hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama.

Anwar berkata, beliau secara peribadi tidak cenderung untuk menumpukan terlalu banyak terhadap perkara lama, sebaliknya mahu menumpukan kepada pengurusan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

“Sekarang ini nampak sambutan sangat baik, ramai yang minta mahu temu janji (dengan saya) daripada syarikat pelaburan India, China, Amerika Syarikat dan Eropah untuk minggu akan datang.

Baca juga:   Kerajaan setuju tubuh jawatankuasa kaji syarat keistimewaan bekas PM

“Saya akan tumpu lebih banyak untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan esok pagi saya akan ke Kementerian Kewangan (MoF),” katanya.

Muhyiddin hari ini tampil menjawab tuduhan penyelewengan dana kerajaan sebanyak RM600 bilion sehingga laporan polis dibuat terhadapnya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau tidak pasti daripada mana angka tersebut dipetik tetapi dipercayai berkaitan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang dilaksana semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Baca juga:   Jemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus - Anwar

Beliau berkata, pakej-pakej rangsangan ekonomi itu dilaksanakan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas semasa tempoh pandemil COVID-19. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan