25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UPSI rai penerima Anugerah Khas Istiadat Konvokesyen ke-24

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA graduan penerima Anugerah Khas sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-24 telah diraikan dalam satu majlis anjuran Pusat Alumni universiti itu.

Mereka ialah Amizatul Najeha Lukmanulhakim yang menerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby, Anis Adila Amlaki (Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Dato Seri Sidek Saniff ) dan Nur Rusyda Izzati Azizi yang menerima Anugerah Khas Dr. Ishak Johari ().

Anis Adila merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi manakala Amizatul Najeha dan Nur Rusyda adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian.

Menurut kenyataan UPSI, anugerah tersebut bagi menghargai kejayaan graduan yang bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan, inovasi dalam pendidikan dan mempunyai sahsiah yang cemerlang serta boleh disifatkan sebagai mahasiswa yang mempunyai kebolehan luar biasa.

“Ketiga-tiga graduan tersebut mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Dekan Fakulti masing masing untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan kembali berbakti di Ibu Kandung Suluh Budiman suatu hari nanti,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI ketika berucap dalam majlis tersebut menasihati graduan penerima anugerah agar sentiasa mengenang jasa ibu dan ayah masing-masing.

“Malah penerima anugerah diharap terus melakar kejayaan demi kejayaan agar nama UPSI terus mekar membanggakan.

“Diharapkan melalui Majlis Penyampaian Anugerah Khas Alumni ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal graduan sekaligus menjadi titi kejayaan yang lebih gemilang kepada pemegang anugerah pada masa hadapan.

“Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha yang gigih,” katanya.

Hadir sama mantan Menteri Kanan Singapura yang juga alumni UPSI, Datuk Seri Sidek Saniff, Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin, Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi dan Presiden Alumni Suluh Budiman, Datuk Seri Ahmad Burak.

Seramai 6,067 graduan dianugerahkan ijazah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen ke-24 bermula 3 lalu hingga 9 Disember ini.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan