30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

PAU ditangguh ke tarikh baharu, 11 hingga 14 Januari

PAU 2022 yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember in bertembung dengan cuti persekolahan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini ditangguh kepada 11 hingga 14 Januari tahun depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu telah dipersetujui oleh semua Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT).

Beliau berkata, PAU 2022 yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan kerana tarikh berkenaan bertembung dengan cuti persekolahan.

Sehubungan penangguhan itu, beliau memaklumkan pihaknya akan menghantar notis rasmi dalam masa terdekat berhubung tarikh baharu PAU 2022, iaitu pada 11 hingga 14 Januari tahun depan.

“Oleh kerana 21 hingga 24 Disember 2022 adalah waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung Umno adalah ditangguh.

Baca juga:   PH jangan persoal titah Sultan Johor

“Tarikh baharu ialah pada 11 hingga 14 Januari 2023. Harap dalam makluman tuan puan. Notis PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ahmad mengumumkan PAU 2022 akan berlangsung selama empat hari bermula 21 hingga 24 Disember ini.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

LPPKN, JKN gempur saringan HPV DNA di seluruh negara

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA...

Lagi Artikel Berkaitan