25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Zahid nafi berunding dengan GPS bentuk kerajaan bersama PN

Tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan kenyataan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mendakwa BN telah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN itu menegaskan, tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.

Menurut beliau, tidak ada mana-mana ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menandatangani aku janji kerana beliau telah diberi mandat oleh parti untuk menentukan parti gabungan yang disertai untuk menubuhkan kerajaan.

“Kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani aku janji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu, Zahid yang juga Presiden UMNO mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.

Katanya, ia selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang bersetuju untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN), BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan