24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO, BN – Najib

Rundingan perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta mengambil kira pendapat semua ahli Parlimen BN yang menang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan agar mengambil kira kepentingan jangka panjang parti sebelum berunding dengan mana-mana parti bagi pembentukan kerajaan.

Ingatan itu disuarakan oleh bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran tiada mana-mana gabungan parti politik yang membentuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.

Menurut anaknya, Nooryana Najwa, bapanya itu memaklumkan perkara itu ketika perjumpaan keluarga bekas Perdana Menteri itu di Penjara Kajang, tempat di mana Najib sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

“Pesanan ayah kepada BN pagi tadi semasa satu perjumpaan keluarga, sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah Parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara,” katanya hari ini.

Advertisements

Najib berkata, rundingan tersebut perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta mengambil kira pendapat semua ahli Parlimen BN yang menang dalam pilihan raya tersebut.

Dalam PRU-15, semalam BN mengalami kekalahan buruk apabila hanya memenangi 30 kerusi daripada 158 calon yang diketengahkan.

Bekas Presiden UMNO itu juga menaruh harapan dan keyakinan bahawa parti keramat itu akan bangkit semula selepas ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan