26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Usaha satukan BN dengan PH pengkianatan terbesar

Mereka juga mendesak Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan melepaskan jawatan dengan serta-merta sebagai rasa pertanggungjawaban ekoran kekalahan BN dalam PRU-15.

Mesti Baca

SEBARANG perbincangan atau usaha untuk menyatukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh DAP merupakan satu pengkhianatan paling besar.

Justeru, Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia berkata, mereka yang bersekongkol dengan usaha tersebut tidak boleh dikompromi daripada ditolak parti.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, percaya dengan asas perjuangan parti selama ini menegak syiar agama dan perjuangan masa depan Melayu dan Bumiputera, maka usaha menyatukan BN dan PH tidak boleh diterima.

Pada masa yang sama, beliau berkata, Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia juga mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN dengan serta-merta.

Langkah itu, menurut beliau, demi pertanggungjawaban terhadap kekalahan yang memalukan malah lebih teruk daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbang baktinya selama memimpin, namun penolakan jelas rakyat terhadap UMNO atas kebimbangan mereka parti ini dipimpin oleh beliau terpaksa diambil kira bagi meletakkan semula kepercayaan rakyat seterusnya mengembalikan UMNO di hati mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, mereka juga meminta Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Pengarah Pilihan Raya BN turut melepaskan jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai tanda betapa beliau bertanggungjawab atas kekhilafan strategi dan calon-calon yang dipertaruh BN.

Advertisements

Katanya, kegagalan Mohamad mengotakan beberapa janji termasuk mengekalkan penyandang-penyandang yang mempunyai kriteria WALI sepertimana diwar-warkan umum telah mengakibatkan berlaku defisit kepercayaan penyokong dan rakyat secara keseluruhan.

“Maka yang demikian, selari dengan kenyataan medianya sebelum ini bahawa akan melepaskan jawatan andainya BN tewas, hendaklah dikotakan,” katanya.

Anuar berkata, mereka juga mahukan agar semua pemimpin UMNO yang dilihat dekat di hati rakyat diberi tempat serta-merta dalam barisan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya, pemimpin UMNO yang menjadi perhatian rakyat melalui pertambahan majoriti kemenangan yang ketara, yang merampas kembali kawasan yang sebelum ini tewas terutamanya kawasan bandar dan mereka yang merobek majoriti lawan dengan begitu besar, harus ditempatkan di dalam kempimpian tertinggi parti.

Beliau berkata, ini sebagai suatu ekspresi kepada rakyat bahawa UMNO mengambil maklum akan kehendak dan suara mereka.

Anuar berkata, Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia juga mahukan penyandang-penyandang yang dinafikan untuk kembali bertanding sehingga BN tewas di kawasan berkenaan juga perlu diberi tempat dalam parti.

Dalam PRU15 semalam, BN hanya memenangi 30 kerusi daripada 157 kerusi yang dipertandingkan dengan beberapa negeri gagal memenangi sebarang kerusi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan