24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Zahid tak boleh bawa mandat tanpa persetujuan MKT UMNO, BN

Sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden parti tanpa proses ini adalah dikira tidak sah dari segi perlembagaan parti.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Perkara itu ditekankan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh Presiden parti tanpa proses tersebut tidak sah dari segi perlembagaan parti.

Onn Hafiz berkata, sementara ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar presiden untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera, beliau sebaliknya, kalau betul sebagaimana yang dilaporkan media, sedang sibuk berunding dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

“Beliau (Zahid) yang telah mengetuai kita semua ke medan perang dan disebabkan imejnya antara punca kekalahan teruk BN, tidak sepatutnya mewakili parti untuk berunding dengan mana-mana pihak,” katanya.

Baca juga:   PEKA anjur tuisyen percuma buat calon SPM anak staf UPSI

Beliau berkata, keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Marilah kita terus bermaruah dan berprinsip walaupun diuji dengan kekalahan. InsyaAllah ada hikmahnya.

“Sekali lagi saya memohon dan merayu agar Presiden UMNO meletak jawatan secara terhormat pada kadar yang segera,”katanya.

Hari ini, media mendedahkan daripada sumber yang diperolehi, pimpinan PH dan BN bakal mengadakan pertemuan rahsia di Hotel Seri Pacific, kira-kira jam 10 pagi ini, bagaimanapun perincian pertemuan itu tidak didedahkan.

Baca juga:   Jangan angkuh, usah lupa jasa UMNO terhadap Bersatu

Malam tadi, Zahid dilaporkan berkata, BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan terbaharu itu, Zahid berkata, tiada sebarang perundingan dilakukan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada beliau untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan