33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

12 pusat mengundi Parlimen Baram dibuka hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing.

Pusat mengundi terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, Rh TK Matthew Belulok Lalo, Kpg Lepo Gah, SK Long Sait, SK Long Tungan, SK Long Moh, SK Long Mekabar, SK Long Jekitan, SK Long Lamei, SK Lio Mato dan SK Long Banga.

Rh TK John Jau Wan di Long Semiang turut dibuka sebagai pusat mengundi tambahan.

SPR sebelum ini, menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Parlimen Baram kerana keadaan cuaca tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan