27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sivarasa sakit, tidak boleh dicalonkan di Sungai Buloh – Anwar

Ketua Cabang Sungai Buloh itu mengalami masalah kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada PH dalam mempertahankan Parlimen berkenaan. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANDANG kerusi Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Sivarasa yang juga Ketua Cabang Sungai Buloh masalah kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada parti untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut. 

“Sivarasa itu peguam saya dan kawan baik saya dan telah berkhidmat tiga penggal dan keadaan kesihatan… kita tengok juga ada isu, jadi apabila dia pergi (berkempen) dilihat dengan keuzuran beliau, itu akan mengesankan. 

“Jadi saya sudah beri pertimbangan masalah itu dan kita boleh tonjolkan tokoh yang boleh mengalahkan Khairy Jamaluddin (calon Barisan Nasional),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku tulisan beliau sendiri, Membangun Negara Madani di Kuala Lumpur hari ini, seperti dilapor Utusan Malaysia.

Advertisements

Terdahulu PKR Selangor mengumumkan muka baharu iaitu Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R. Ramanan bertanding di Sungai Buloh. Ramanan adalah bekas ahli MIC.

Bagaimanapun, parti itu mendapat maklum balas penyokong PKR agar menukar calon mereka selepas Khairy, yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dicalonkan oleh BN di kerusi tersebut.

Ekoran itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan berbincang perkara itu dengan Anwar termasuk mengesyorkan agar Sivarasa dikekalkan sebagai calon di Sungai Buloh.

Sementara itu, Anwar mahu Khairy menjawab pelbagai persoalan terutamanya atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kesihatan, sekiranya mahu melakar kemenangan di Sungai Buloh.

“Dia boleh (bertanding), tetapi kena jawab mengapa ubat vaksin tidak ada tender, mengapa kematian 36,000, mengapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama yang memudaratkan hidup rakyat dan menyeksa rakyat serta mengapa tidak ada ketelusan berpuluh tahun dalam kes-kes dikaitkan dengan penyelewengan dan rasuah, itu hal yang harus dijawab,” katanya. 

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan