27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Muhyiddin seru orang ramai keluar mengundi 19 November ini

Jika tidak keluar mengundi, seolah-olah memberi hak kepada seorang yang tidak layak untuk memerintah negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKYAT diseru untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini bagi menunaikan tanggungjawab memilih sebuah kerajaan baharu.

Pen-gerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PRU15 sangat luar biasa dan antara yang terpenting untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah, bersih dan tidak bobrok.

“Justeru saya menyeru setiap orang wajib keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab memilih sebuah kerajaan baharu.

“Saya tegaskan jika kita tidak keluar mengundi, kita seolah-olah memberi hak kepada seorang yang tidak layak untuk memerintah negara.

“Kita tidak boleh membiarkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dan rakyat mesti memastikan perancangan sulit mereka untuk bergabung membentuk kerajaan selepas PRU tidak berlaku,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan kenyataan berkenaan sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Hulu Terengganu sempena Program Jelajah Prihati (PN).

Menurutnya, beliau amat terharu dan bersyukur melihat kehadiran begitu ramai sekali orang pada majlis berkenaan yang sekali gus memberi petanda kebangkitan sokongan rakyat ke atas PN.

“Dalam ucapan, saya mengimbau kembali detik-detik pembentukan gagasan Perikatan Nasional yang dibina atas kesedaran untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, maju, bermaruah dan berjaya.

“Hasrat ini tidak akan dapat dicapai jika setiap parti bergerak secara bersendirian dan bukan dalam satu jemaah,” katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan perlunya ada kerjasama dalam kalangan parti-parti bagi mewujudkan satu jemaah besar untuk menerajui negara.

“Alhamdulillah gagasan tersebut menjadi kenyataan apabila Pas dan Gerakan serta beberapa parti dari Sabah bersetuju untuk bersama-sama membentuk Kerajaan PN,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan