25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

SPRM siasat aku janji Zahid sebagai PM

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan bagi meneliti surat aku janji yang kononnya menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara tersebut.

“Kami telah menerima aduan mengenai surat dan dakwaan tersebut.

“SPRM akan membuka kertas siasatan supaya perkara itu dapat diteliti,” katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

Advertisements

Dalam pada itu, Azam tidak menolak kemungkinan memanggil individu tertentu untuk dirakam kenyataan berhubung kes tersebut.

“Biar pegawai saya tentukan siapa nak panggil. Mereka akan berbuat demikian selepas melihat dokumen yang telah diserahkan kepada mereka,” katanya.

Semalam, tular satu surat aku janji calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang antara isinya menyokong Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri.

Surat aku janji itu didakwa turut ditandatangani oleh Zahid dan Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO turut menyatakan janji akan memberikan jawatan Kabinet utama dan lantikan politik kepada Ahli Parlimen UMNO, serta menggugurkan tuduhan mahkamah melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar menafikan perkara itu dan mendakwa ia adalah fitnah oleh pihak-pihak tertentu bagi memburukkan UMNO dan BN menjelang PRU-15.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan