30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Sebar aku janji palsu usaha terdesak ke tahap hina

Mesti Baca

TINDAKAN pihak-pihak tertentu yang menyebarkan aku janji palsu merupakan usaha terdesak memburuk-burukkan UMNO sehingga ke tahap yang hina.

Bagaimana pun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin usaha tersebut pastinya akan gagal kerana Barisan Nasional (BN) tidak akan tewas dengan fitnah seperti itu lagi.

Ini kerana tegas beliau, mereka sudah mengetahui taktik kotor yang dimainkan pihak berkenaan dan berharap para pengundi tidak tertipu buat kali kedua.

“Aku janji palsu disebar. Terdesak mereka ini ketahap yg hina. Usaha fitnah yg gagal. UMNO & BN tidak akan tewas dengan fitnah spt ini lagi kerana kami sudah tahu taktik kotor pihak mereka.

“Jangan terpedaya kali ini seperti PRU-14. Cukuplah sekali ditipu. Ya jangan ditipu kali kedua,” katanya menerusi akaun twitternya hari ini.

Sejak semalam tersebar satu aku janji dua halaman konon dibuat antara calon BN Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahmad Maslan.

Antara isi kandungan aku janji tersebut ialah menyokong mendesak kerajaan yang dibentuk oleh mana-mana parti yang bekerjasama dengan UMNO dan BN agar menggugurkan kes-kes mahkamah membabitkan pemimpib BN.

Sementara itu, Shamsul Anuar sendiri mengakui aku janji yang disebar dan sedang viral adalah palsu dan tidak benar.

“Tiada sebarang aku janji sebegini dilakukan,” katanya memberi maklum balas berhubung isu tersebut.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN berkata, ia adalah satu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO dan BN menjelang hari pengundian pada 19 November ini.

“Mohon rakyat Malaysia yang mendapat aku janji palsu l ini tidak terpengaruh dengannya.

“Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan