25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kadar RMT dinaikkan RM1 bermula 6 November

Pelaksanaan kadar baharu tersebut memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebanyak RM1 bagi seorang murid bermula 6 November ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, di bawah kadar baharu itu RMT bagi sekolah-sekolah di Semenanjung dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 seorang.

Manakala bagi sekolah-sekolah di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan pula dinaikkan daripada RM3 kepada RM4 seorang murid.

Beliau berkata, pelaksanaan kadar baharu tersebut memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara.

“Alhamdulillah, usaha KPM untuk menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Ujar Radzi, pelaksanaan kadar baharu berkenaan pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

“KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Pada 23 Julai lalu, Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) menyarankan KPM menyemak semula dan menaikkan kadar RMT kepada RM4 dan RM5 bagi murid sekolah rendah di seluruh negara.

Setiausahanya, Siti Normah Md Desa, berkata kenaikan kadar itu wajar seiring kenaikan harga barangan semasa.

Beliau berkata, sudah tiba masanya KPM mengambil cadangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, untuk menaikkan kadar RMT itu kerana kali terakhir semak semula kadar RMT adalah kira-kira tujuh tahun lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan