26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KJ sahkan ada tandatangan aku janji tapi…

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa beliau ada menandatangani surat aku janji tetapi bukan menggunakan kepala surat UMNO sepertimana yang tular dalam media sosial.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan itu berkata, surat yang ditandatangani beliau dan calon-calon BN menggunakan kepala surat ‘Barisan Nasional’.

Beliau berkata, surat yang ditandatanganinya itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan calon-calon kepada BN dan tidak lompat parti.

“Kita sign (tandatangan) aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead (kepala surat) BN, itu yang saya tandatangan.

“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead UMNO yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Beliau mengulas berhubung surat aku janji yang tular dalam media sosial yang mengandungi tandatangan calon BN Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung parti.

Aku janji berkenaan antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU-15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Khairy berkata, pendirian BN mengenai calon Perdana Menteri Ke-10 adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada sebarang perubahan berkenaan perkara itu. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan