32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tayar lori tercabut hempap kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap tayar lori yang tercabut dalam kejadian di Kilometer 27.2 Lebuhraya Elite menghala Utara dekat sini semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 39 tahun yang memandu Perodua Aruz mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung dan mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila tayar lori jenis Hino yang dipandu lelaki berusia 30 tahun tercabut di bahagian sebelah kiri manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori itu dari arah Linggi, Negeri Sembilan menuju ke Ipoh.

“Setiba di tempat kejadian pemandu mendengar bunyi pada lori lalu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum melihat tayar tercabut dan menghempap kereta berkenaan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Katanya, mangsa telahpun dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan dan isteri mangsa memaklumkan suaminya pulang ke rumah di Kundang, Rawang, Selangor selepas menerima rawatan.

“Kenderaan yang terbabit kemalangan dibawa ke IPD Sepang untuk pemeriksaan.

“Polis merayu saksi kejadian untuk tampil membantu memberi maklumat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan