28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Parlimen Padang Serai kekal saingan enam penjuru

Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang Parlimen Padang Serai dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon Pas, Muhamad Sobri Osman dan calon BN, Datuk Dr. Leong Yong Kong.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARLIMEN Padang Serai kekal menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Kedah, Dr. Mohamad Sofee Razak merupakan calon baharu dinamakan pada proses penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, hari ini.

Mohamad Sofee, 47, seorang peguam menggantikan calon PH dan penyandang kerusi tersebut, mendiang M. Karupaiya, 69, yang meninggal dunia pada 16 November lalu akibat serangan jantung.

Beliau pernah menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Baling pada PRU14 dan tewas kepada calon Pas, Mejar (B) Mansor Zakaria.

Sementara itu, empat calon lain yang telah sah dinamakan pada 5 November lalu turut hadir pada proses penamaan calon untuk cabutan undi bagi menentukan susunan nama pada kertas undi.

Mereka ialah calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivarraajh; Datuk Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional (PN); Hamzah Abd. Rahman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan calon bebas, Sreanandha Rao.

Hanya calon daripada Parti Warisan (Warisan), Mohd. Bakhri Hashim tidak hadir.

Barisan calon yang hadir bagi kerusi tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdul Bari Abdullah kira-kira pukul 10.44 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menangguhkan PRU15 bagi Parlimen Padang Serai kepada 7 Disember ini susulan kematian Karupaiya.

Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang Parlimen Padang Serai dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon Pas, Muhamad Sobri Osman dan calon BN, Datuk Dr. Leong Yong Kong.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan