26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pasca PRU15: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berakhir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERBINCANGAN Khas bersama Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung hari ini, selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memanggil Raja-Raja Melayu bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan baharu selepas enam hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah berakhir.

Ini susulan kenderaan rasmi yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kelihatan meninggalkan perkarangan Istana Negara disusuli kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin semalam, Perbincangan Khas itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Selain itu, beliau berkata,mesyuarat berkenaan akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi ini, namun, tidak diketahui berapa lama perbincangan itu akan berlangsung.

Kenderaan rasmi membawa Sultan Ibrahim pertama sekali tiba di Pintu 1 Istana Negara, iaitu pada pukul 9.40 pagi.

Kemudian disusuli kenderaan rasmi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kenderaan rasmi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Seterusnya ialah kenderaan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.

Yang terakhir sekali ialah kenderaan rasmi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, manakala tiada wakil untuk Kelantan kali ini.

Difahamkan hasil perbincangan khas akan dikongsikan melalui kenyataan rasmi Istana Negara dalam masa terdekat. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan