29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Malaysia puas hati 3 suspek kes MH17 didapati bersalah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Mahkamah Daerah The Hague, Belanda, semalam yang mendapati tiga tertuduh bersalah dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, dilihat sebagai tanda aras penting dalam usaha mencari kebenaran.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berpendapat keputusan itu juga menegakkan keadilan kepada 298 mangsa termasuk 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu serta kepada semua waris mangsa.

“Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan kepada kebenaran, keadilan serta penuh tanggungjawab.

“Dalam hubungan ini, Malaysia menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah The Hague pada hari ini.

“Malaysia juga berpuas hati terhadap proses penghakiman yang boleh dipercayai dan telus yang dilaksanakan dalam sistem perundangan Belanda, berdasarkan kedaulatan undang-undang demi mendapatkan keadilan yang telah lama dinanti-nantikan,” menurut kenyataan itu, memetik laporan Malaysia Post/

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mewakili semua pihak yang terkesan akibat peristiwa itu, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli Pasukan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team – JIT).

Advertisements

Pasukan berkenaan terdiri daripada Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine yang telah bertungkus-lumus bersama-sama menjalankan siasatan jenayah antarabangsa terhadap tragedi MH17.

“Malaysia sekali lagi ingin menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa tragedi pesawat MH17.

“Walaupun tiada apa yang dapat mengembalikan nyawa mereka mahupun mengurangkan kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga dan orang tersayang, keputusan mahkamah pada hari ini diharap sedikit sebanyak akan dapat memberi kelegaan dan ketenangan kepada keluarga dan waris kepada mangsa yang terbunuh dalam tragedi ini,” katanya.

Mahkamah Daerah The Hague pada jam 1.30 petang waktu tempatan di Belanda, semalam telah memutuskan bahawa tiga tertuduh dalam kes pesawat MH17 yang telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Leonid Kharchenko bersalah dalam kes jenayah tersebut.

Mahkamah sama bagaimanapun membebaskan Oleg Pulatov kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam sabitan kesalahan tersebut.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan