25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Serangan bersenjata di Thailand, 23 kanak-kanak maut

Biro Siasatan Pusat (CIB) mengesahkan suspek bertindak membunuh diri sejurus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang kebanyakannya kanak-kanak terbunuh selepas seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau menyerbu sebuah taska di timur laut Thailand pada Khamis.

Memetik laporan Agensi, Kolonel Polis Jakkapat Vijitraitaya dari wilayah Nong Bua Lam Phu berkata, seramai 23 kanak-kanak maut dalam serangan tersebut.

“Suspek adalah seorang bekas anggota polis dan kanak-kanak yang maut berusia antara dua hingga tiga tahun,” katanya.

Lapor Bangkok Post, serangan berlaku sekitar jam 12.50 tengah hari (waktu tempatan) di sebuah pusat jagaan di daerah Na Klang.

Suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, bekas pegawai berpangkat leftenan yang pernah bertugas di balai polis daerah Na Wang.

Menurut Jakkapat, suspek telah dipecat daripada pasukan polis tahun lalu kerana menggunakan dadah.

Sementara itu, Biro Siasatan Pusat (CIB) mengesahkan suspek bertindak membunuh diri sejurus melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Suspek yang diburu polis pulang semula ke rumah, menembak mati isteri dan anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri,” menurut kenyataan CIB.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pegawai tentera berpangkat rendah mengamuk dan menembak dua rakan sekerja di Kolej Peperangan Tentera Diraja Thailand di Bangkok. – Agensi

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan