30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

TMJ nafi keluar kenyataan dakwa UMNO parti sampah

Titah Royal Press Johor buat laporan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh mana-mana pemimpin parti politik seperti yang tular di media sosial.

TMJ bertitah, kenyataan tular berkenaan adalah palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam hantaran di Facebook berkata, pihaknya telah pun membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.

Dalam pada itu, TMJ bertitah segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengannya ataupun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau di laman sosial rasminya sahaja.

“Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini. Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titahnya.

Menurut kenyataan palsu yang tular itu, TMJ kononnya mendakwa UMNO dipenuhi pemimpin sampah dan mentaliti ahlinya juga sampah menyebabkan parti itu seperti sampah.

Sementara itu, kenyataan tersebut juga mengajak rakyat untuk menolak parti UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan