24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pengarah ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM2.4 juta

Suspek lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan di ibu negara kira-kira jam 4 petang semalam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah projek syarikat kerana disyaki terbabit membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.4 juta berhubung pembayaran projek kabel dasar laut di utara tanah air.

Bernama yang memetik sumber SPRM melaporkan, perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Noorlynna Hanim Abd Halim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Suspek lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan di ibu negara kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Advertisements

“Syarikat yang mengendalikan projek itu dipercayai membuat lebihan bayaran kira-kira RM2.4 juta kepada syarikat kontraktor apabila pihak kontraktor mengemukakan invois tuntutan berdasarkan dokumen yang mengandungi butiran palsu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. 

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan