25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Teka-teki PM jumpa Agong terjawab, Bajet 2023 dibentang esok

Istana Negara malam ini memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TEKA-TEKI butiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi terjawab melalui hantaran dalam Facebook Istana Negara.

Ia sekaligus menyaksikan Bajet 2023 akan dibentangkan petang esok oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

Istana Negara malam ini memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Advertisements

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang Ismail Sabri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini memutuskan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan pada tahun ini juga.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023 tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan