24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Calon positif COVID-19 perlu ambil langkah keselamatan

Mengasingkan diri selama beberapa hari selain memakai pelitup muka sepanjang berkempen.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON-CALON Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijangkiti COVID-19 diingatkan agar mengambil tanggungjawab dengan mengamalkan langkah keselamatan kesihatan semasa berkempen.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara langkah yang perlu diambil ialah mengadakan pengasingan kendiri dan tidak keluar berkempen secara fizikal untuk beberapa hari.

“Calon-calon berkenaan, jelas beliau, boleh mengadakan kempen secara atas talian dan mempunyai tempoh berkempen selama dua minggu.

“Itu untuk mengundi sebab mengundi ini hak dalam perlembagaan. Tetapi kalau calon itu positif untuk berkempen dia kena asingkan diri.

“Dalam tempoh tiga hingga empat hari anda akan pulih. Kerana tempoh berkenaan yang diperlukan untuk pulih daripada COVID-19 sekarang ini.

Advertisements

“Itu tanggungjawab yang perlu diambil. Jika anda calon dan didapati positif anda perlu asingkan diri untuk beberapa hari,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Khairy berkata, langkah serupa perlu dilakukan bagi para pengundi yang layak tetapi positif COVID-19.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya berkenaan bagi yang positif COVID-19 membuang undi,” katanya.

Beliau berkata, antara langkah yang disarankan kepada semua yang terbabit dalam PRU-15 adalah pemakaian pelitup hidung dan mulut.

“Apa yang sangat disyorkan kepada petugas SPR adalah untuk memakai pelitup muka dan juga kepada pengundi apabila mereka ke pusat mengundi, terutama mereka yang didapati positif COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan