27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM ucap takziah kepada mangsa tragedi Itaewon

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan berikutan tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul pada Sabtu lalu.

Menerusi ciapan ringkas di Twitternya, Perdana Menteri menyampaikan doa simpati Keluarga Malaysia kepada mangsa dan keluarga mereka yang terlibat.

Dalam kejadian malam semalam, sebanyak 151 orang terbunuh manakala 156 lain cedera dalam rempuhan maut selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit.

Advertisements

Tragedi ngeri tersebut adalah bencana paling dahsyat dalam sejarah Korea Selatan.

Kali terakhir Korea Selatan berdepan insiden maut membabitkan golongan muda adalah pada April 2014. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan