30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kes rayuan Rosmah ditetapkan 5 Oktober depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 5 Oktober 2022 bagi pengurusan kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berhubung kes rasuah bernilai RM1.25 bilion projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yin Tinn berkata, beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu apabila peguam bela Rosmah, Akberdin & Co, menyampaikan salinan notis rayuan anak guam mereka awal minggu ini.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu memfailkan rayuan pada 2 September sehari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta, serta penjara 10 tahun lagi jika ingkar.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar terbabit.

Advertisements

Beliau juga menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal, di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016, serta RM1.5 juta lagi juga daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.

Bagi setiap tiga kesalahan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmah. Hukuman akan berjalan serentak, bermakna dia hanya akan dipenjarakan selama 10 tahun.

Jika gagal membayar denda RM970 juta, Rosmah akan dipenjarakan 10 tahun lagi.

Bagaimanapun, Zaini membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan