Sunday, June 14, 2026

Ismail Sabri ucap takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Jasa baginda mengekalkan hubungan baik United Kingdom dan negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia sentiasa diingati dan dihargai.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada seluruh kerabat diraja dan rakyat United Kingdom (UK) atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Ismail Sabri berharap agar keluarga Diraja Baginda dan rakyat terus tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Mewakili seluruh Keluarga Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada seluruh kerabat Diraja Baginda, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

“Baginda yang juga pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden terkenal dengan sifat yang dedikasi dalam menjaga kebajikan rakyatnya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, jasa baginda mengekalkan hubungan baik United Kingdom dan negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia sentiasa diingati dan dihargai.

Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland semalam.

Baginda memerintah Britain selama 70 tahun, menjadikan beliau pemerintah monarki paling lama.

Seluruh negara itu akan berkabung selama 10 hari  sebagai penghormatan terakhir buat baginda. 

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan