34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gardenia perkenal NuMee Mi Segera, pacu segmen perniagaan

NuMee Mi Segera dikeluarkan dengan tiga perisa klasik kegemaran ramai iaitu kari, ayam dan mi goreng perisa asli.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terus memacu segmen perniagaan dengan memperkenalkan produk NuMee Mi Segera.

NuMee Mi Segera dikeluarkan dengan tiga perisa klasik kegemaran ramai iaitu kari, ayam dan mi goreng perisa asli.

Menerusi kenyataan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., rangkaian Gardenia NuMee mi segera itu bertujuan memberi pilihan baharu kepada rakyat Malaysia agar dapat memenuhi keinginan mereka menikmati mi segera.

“Ia diedarkan secara meluas dan boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia dengan harga RM3.99 kini iaitu terhad untuk promosi pengenalan bagi semua perisa,” katanya hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, harga pengguna bagi Gardenia NuMee Mi Segera ialah RM4.80 perisa kari, RM4.80 perisa ayam dan RM5 mi goreng perisa asli.

Mengulas lanjut, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berkata, syarikat gergasi pengeluar roti tersebut telah menjadi peneraju pelbagai produk roti sejak lebih tiga dekad lalu dengan menawarkan lebih 50 jenis produk berkualiti.

“Pada 2019, Gardenia mengambil langkah berani menceburi segmen pengeluaran mi dengan melancarkan mi kuning NuMee.

“Kategori produk baharu itu membuka peluang kepada Gardenia untuk mengembangkan pengeluaran NuMee ke dalam pasaran mi segera,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan