24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Harga roti keluaran Gardenia naik mulai 1 Disember

Semakan harga itu berikutan peningkatan kos bahan mentah termasuk tepung, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd akan menyemak semula harga bagi produk-produk mereka berkuat kuasa 1 Disember ini berikutan peningkatan harga bahan mentah.

Pengeluar roti pilihan utama rakyat Malaysia itu dalam satu kenyataan berkata, bahan-bahan mentah tersebut terdiri daripada tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan telah meningkat.

Menurut Gardenia, mereka amat terkesan akibat cabaran-cabaran ini dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini.

“Namun begitu, peningkatan ketara dalam kos-kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan kami, telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember.

“Semakan harga ini melibatkan produk-produk dalam keadaan tertentu yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

“Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Dalam pada itu, Gardenia juga akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang.

Tambahnya, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.

“Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan.

“Walaupun dengan segala cabaran yang dihadapi sepanjang pandemik Covid-19, Gardenia KL terus memenuhi komitmen kepada pengguna setiap hari tidak kira hujan atau panas.

“Kami juga akan terus berusaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk menjamin bekalan optimum dan harga berpatutan bagi produk-produk kami di Malaysia,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan