31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Termakan ‘gombalan’ cinta, ibu tunggal rugi hampir RM100,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG ibu tunggal berputih mata apabila rugi hampir RM100,000 terpedaya dengan ‘gombalan’ cinta lelaki baru dikenalinya di aplikasi Instagram yang menabur janji untuk memberi pelbagai hadiah termasuk wang tunai.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang berusia 59 tahun mengenali suspek menerusi Instagram yang menggunakan akaun dengan nama Ahmed Hashima dari Amerika Syarikat.

Menurutnya, selepas itu suspek dan mangsa berhubung menerusi aplikasi WhatsApp di talian +15044578290.

“Sebagai tanda persahabatan suspek kemudian memberitahu kepada mangsa akan mengirim beberapa hadiah mewah kepadanya.

“Antara hadiah yang akan diberi adalah beg tangan, kasut, dompet dan dua utas jam tangan yang kesemuanya berjenama termasuk seutas rantai leher emas, gelang tangan emas serta wang AS$15,000 (kira-kira RM63,000),” katanya.

Arshad berkata, pada awal Ogos lalu mangsa menerima pesanan menerusi WhatsApp mengatakan dari Pejabat Pos Laju, Kuala Lumpur memaklumkan barangan sudah tiba.

Advertisements

“Namun disebabkan barangan itu mempunyai masalah, mangsa diminta untuk membuat pembayaran,” katanya.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, mangsa kemudian membuat pembayaran secara berperingkat menerusi empat transaksi ke akaun bank berbeza.

“Difahamkan mangsa menggunakan wang simpanan arwah suaminya dan membuat bayaran bermula Ogos hingga Oktober.

“Selepas bayaran berjumlah RM85,700 dibuat mangsa masih tidak menerima barangan dijanjikan sebelum tampil membuat laporan polis semalam (Khamis) selepas disyaki diperdaya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mengingatkan masyarakat awam supaya lebih berhati-hati serta jangan mudah terpedaya dengan individu tidak dikenali.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan