29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pembonceng wanita maut dilanggar lori 50 tan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pembonceng wanita maut selepas motosikal dinaikinya dilangggar oleh sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran susur keluar jejambat Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) menghala ke Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi mengakibatkan mangsa warga Indonesia berusia 40-an itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd. Rosli Ishak berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori 50 tan tanpa muatan jenis Hanvan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun seorang diri sedang bergerak terus di lorong kiri dari arah Juasseh menuju ke Seremban.

“Setiba di lokasi kejadian, datang sebuah motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun bersama seorang pembonceng wanita dari arah kiri telah menyusuri susur jejambat di lokasi kemalangan lalu masuk ke laluan hadapan lori.

“Pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian badan manakala pembonceng motosikal maut di tempat kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan