26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Produk Gardenia naik harga sehingga 40 sen mulai Ahad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai Ahad ini.

Antara produk yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan kari ayam, Quick Bites Butter Tofee dan red beans, Quick Bited Cream Rolls, Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.

Gardenia KL menerusi kenyataan berkata, kesemua produk-produk tersebut akan menyaksikan peningkatan antara 10 sen dan 40 sen.

“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em tidak mengalami kenaikan kerana tidak mahu membebankan pelanggannya.

“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini,”menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, pada 1 September tahun lalu, enam produknya dijual dengan harga baharu yang mana ia membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen.

Perubahan harga itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan