26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Treler bawa muatan susu formula terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH treler yang membawa muatan susu formula hangus dalam kejadian kebakaran di Kilometer 428, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan tentang insiden kebakaran treler tersebut pada 2.48 petang tadi.

“Bertindak atas panggilan kecemasan itu, dua buah jentera pemadam dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dan Rawang telah digerakkan ke lokasi kebakaran itu.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan susu formula terbakar 90 peratus namun tidak melibatkan mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian, treler kontena berkenaan yang dipandu seorang lelaki warga tempatan sedang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Bukit Beruntung.

“Namun setiba di lokasi kejadian kebakaran berlaku dan dipercayai bermula dari bahagian tayar belakang kenderaan berat itu sebelum merebak ke bahagian lain.

“Pemandu treler yang berusia 31 itu terselamat dalam kejadian.

“Kebakaran treler terbabit kemudiannya berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.30 petang tadi,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan