24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Najib imbau kenangan lawatan Ratu Elizabeth II ke Malaysia

Malaysia turut rakam ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan berhubung kes rasuah, mengucapkan takziah kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Bekas Perdana Menteri itu menerusi Facebooknya hari ini mengimbas kenangan lawatan Ratu Elizabeth II ke Malaysia dan kemurahan hatinya sebagai tuan rumah semasa pertunangan beliau dan isteri dahulu.

“Dunia berkabung bersamamu,” tulis hantaran tersebut.

Selain itu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, turut merakamkan takziah kepada seluruh kerajaan dan rakyat United Kingdom susulan pemergian baginda.

Advertisements

“Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga raja, rakyat dan kerajaan United Kingdom susulan kemangkatan Queen Elizabeth II.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga raja, rakyat dan kerajaan United Kingdom susulan kemangkatan Queen Elizabeth II,” katanya.

Terdahulu Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Berita duka itu diumumkan Istana Buckingham dalam kenyataan pada jam 6.30 petang semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan