32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Keputusan UMNO perlu lalui MKT dan Biro Politik

Top 5 UMNO juga masih belum mengadakan perbincangan mengenai tarikh PRU-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBARANG ketetapan yang diputuskan UMNO termasuk berkaitan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), perlu melalui Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang perkara berbangkit akan melalui proses mengikut struktur dalam parti itu untuk diputuskan.

“Dia parti (UMNO), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur dalam parti, dalam parti ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT), sebelum MKT itu ada Biro Politik dan Majlis Tertinggi akan buat sebarang keputusan tentang apa jua keputusan berkaitan parti, keputusan (mengenai kerjasama Pas itu).

“(Saya rasa akan) dibuat Majlis Tertinggi, dalam masa terdekat, (mengenai tarikh PRU-15), (Top 5 UMNO) belum (lagi bincang),”katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kompleks Ternakan Ayam Felcra di Kampung Kubang Palas, hari ini.

Jelas Mahdzir, perbincangan mengenai kerjasama parti itu dengan Pas juga akan diadakan dalam masa terdekat namun tarikh perbincangan itu masih belum diputuskan.

Tambahnya, Top 5 UMNO yang melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden juga masih belum mengadakan perbincangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, cadangan agar perbincangan dijalankan di antara UMNO dan Pas mengenai 27 kerusi kritikal menjelang PRU-15 akan datang perlu diberi perhatian.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, menjelaskan, cadangan terbabit perlu diperhalusi dan dibincang secara rasmi oleh UMNO.

Sebarang keputusan katanya, hanya akan dibuat oleh Mesyuarat MKT UMNO jika mereka bersetuju. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan