25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Kadar pengangguran menurun 3.7 peratus pada Julai

Pencapaian itu adalah jauh lebih baik berbanding 4.5 peratus pada tahun 2021 dan 4.2 peratus pada Januari 2022.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASARAN buruh Malaysia bertambah kukuh pada bulan Julai dengan kadar pengangguran mencatat 3.7 peratus, iaitu menghampiri paras prapandemik berdasarkan penerbitan Statistik Tenaga Buruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pencapaian itu adalah jauh lebih baik berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan pada tahun 2021 dan 4.2 peratus pada Januari 2022.

“Bilangan penganggur terus menurun kepada 620,700 orang pada Julai 2022 berbanding 630,600 orang pada bulan sebelumnya, manakala bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang.

“Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan semakin meningkat, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; perdagangan borong dan runcit serta aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan.

“Guna tenaga dalam sektor pembuatan dan pembinaan turut menunjukkan peningkatan, kecuali bagi sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang mencatatkan penurunan dalam guna tenaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Bank Negara teraju promosi e-pembayaran seluruh negara

Mustapa berkata, kedudukan tenaga buruh pada Julai 2022 juga bertambah baik berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan merekodkan 16.60 juta orang.

“Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi direkodkan pada bulan tersebut iaitu pada kadar 69.6 peratus, katanya.

Beliau berkata, pencapaian pasaran buruh yang lebih kukuh itu disokong oleh kedudukan ekonomi yang bertambah baik bagi suku kedua tahun 2022 dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh pada kadar 8.9 peratus.

Baca juga:   1,010 guru baharu lantikan tetap dari Sarawak mendapat tempat

“Bagi separuh pertama tahun 2022, ekonomi negara berkembang sebanyak 6.9 peratus.

“Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial yang kembali normal, terutamanya susulan pembukaansempadan negara sejak 1 April 2022 memberi impak positif terhadap pasaran buruh negara yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Momentum pemulihan pasaran buruh ini juga selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, seperti program JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) dan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MyFutureJobs,”katanya.

Mustapa berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau menjangkakan pasaran buruh akan terus kukuh pada suku tahun ketiga dengan jangkaan prestasi perniagaan lebih baik.

“Petunjuk keyakinan mencatat 4.7 peratus bagi suku ketiga tahun 2022 berbanding 3.5 peratus pada suku kedua.

Baca juga:   Projek LCS: Ini penjelasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera

“Ini menggambarkan situasi ekonomi dijangka lebih baik pada suku ketiga tahun ini,”katanya. – BERNAMA

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan