29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kadar had garis kemiskinan di negara ini disemak semula

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KADAR had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di negara ini akan disemak semula oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kadar kemiskinan dalam PGK yang diguna pakai ketika ini iaitu RM2,208 bagi isi rumah dan bagi miskin tegar RM1,169 setiap isi rumah.

Menurut beliau, kadar berkenaan dijangka dipinda pada suku pertama tahun depan, persidangan Dewan Rakyat.

“Angka ini akan disemak dan dijangka pada suku pertama tahun depan akan dipinda sewajarnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mempunyai komitmen tinggi untuk menghapuskan isu miskin tegar dengan pendapatan purata RM1,169 setiap isi rumah menerusi pendekatan holistik dan komprehensif.

Advertisements

Ujar beliau lagi, kadar kemiskinan negara juga berubah dengan ketara sejak lima dekad lalu dipengaruhi faktor kadar pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan yang memberangsangkan sepanjang tempoh itu serta kewujudan Dasar Ekonomi Baru.

“Bagaimanapun negara masih berdepan beberapa isu dan cabaran seperti kelompok miskin masih wujud melibatkan golongan masyarakat dan kawasan tertentu seperti bandar dan luar bandar serta kawasan Orang Asli.

“Selain itu, isu gaji serta upah yang rendah serta ketidaksamaan pembangunan antara wilayah dan negeri, bandar dengan luar bandar masih wujud, selain penularan pandemik Covid-19 yang turut memberi impak besar kepada pendapatan isi rumah,” katanya.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) mengenai keadaan kemiskinan dalam bandar dan luar bandar, jurang pendapatan dalam negara serta pencapaian dan kegagalan program yang dirangka dan dilaksana kerajaan untuk mewujudkan masyarakat lebih saksama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan