Tuesday, July 21, 2026

Arab Saudi buka permohonan permit umrah Ramadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai yang bercadang untuk melaksanakan umrah pada bulan Ramadan nanti kini boleh membuat permohonan permit daripada kerajaan Arab Saudi setelah ia dibuka mulai semalam.

Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi berkata, semua permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

MoHU berkata, pembukaan permohoan itu bagi memudahkan bakal-bakal jemaah umrah Ramadan dapat menyusun perancangan mereka lebih awal.

“Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.

“Langkah ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,” kata kementerian itu.

MoHU berkata, slot tempahan umrah Ramadan ini akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding hanya lapan slot sebelum ini.

Untuk rekod, umat Islam di Malaysia dijangka memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan tahun ini mulai 3 April 2022. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan